Saturday, 16 December 2017

10 Idea Kreatif Untuk Set Induksi PdPc PAK-21

10 Idea Kreatif Untuk Set Induksi PdPc PAK-21:
Set induksi merupakan satu set pembelajaran untuk memulakan sesuatu PdPc yang melibatkan idea, teknik, proses, aktiviti dan su...

Wednesday, 30 August 2017

LAWATAN PENANDA ARAS SURAU IMARAH

Lawatan Penanda Aras Surau Imarah Di SK Tamby Chik Karim Melaka.
(Naib Johan ASISS Peringkat Kebangsaan 2016)


Tarikh     :     29 Ogos 2017
Masa       :     9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Guru yang terlibat    :

  1. En Abu Samah Bin Ahmad (Guru Besar, SKPDD)
  2. Pn. Hajah Rugayah Bt Mi'an (GPK Pentadbiran)
  3. Pn. Nor Aini Binti Harun (GPK Kokurikulum)
  4. Pn. Anisah Bt P. Kunhamed ( Guru Penyelaras Surau Fatimah Azzahrah, SKPDD)
 




 


           

Sunday, 27 August 2017

PROGRAM HUBBUL WATAN (CINTA TANAHAIR) BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT KG DURIAN DAUN

Program Hubbul Watan 


Program ini dijalankan oleh JKKK Kg. Durian Daun dengan kerjasama surau Fatimah Azzahrah . Program ini bertujuan bagi menerapkan rasa cinta dan tanggungjawab terhadap tanahair. Ia melibatkan semua bangsa dan agama. 

Tarikh     :     27 Ogos 2017 (Ahad)
Masa       :     9.00 pagi
Tempat    :     Perkarangan Surau Fatimah Azzahrah
Bersama menjayakan   :
  1. Tn. Hj Rosdin Bin Baba ( Pengerusi Masjid Fathul Rahman Pengkalan Rama & Merangkap Pengerusi JKKK Durian Daun)
  2. Datuk Zaini Md Noor (Pengurus Besar Yayasan Melaka)
  3. En. Abu Samah Bin Ahmad (Guru Besar SKPDD)
  4. Guru-guru Penolong Kanan SKPDD
  5. Ustazah Anisah Bt P. Kunhamed (Penyelaras Surau SKPDD)
  6. Guru-guru SKPDD
  7. Warga Masyarakat setempat
  8. Warga emas Kg. Durian Daun
  9. Anak-anak didik SKPDD
  10. Anak-anak dari Rumah Kebajikan Masyarakat Tun Abdul Aziz Durian Daun.












Saturday, 26 August 2017

SK (P) DURIAN DAUN - JOHAN ASISS PERINGKAT NEGERI MELAKA

BUKIT BARU 25 Ogos – SK (P) Durian Daun telah dinobatkan johan pertandingan Anugerah surau/musolla imarah (ASISS) sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, peringkat negeri Melaka bagi kategori surau sekolah rendah.

Program anjuran Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Melaka. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abu Bakar Bin Sahari, Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka. Tuan pengarah mengharapkan dengan adanya usaha untuk mengimarahkan surau ini, menjadi satu usaha untuk mendidik potensi manusia.

Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Pengurusan surau yang sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur dan dilaksanakan akan dapat melahirkan golongan pelajar yang memahami dan menghayati Islam secara syumul dalam kehidupan seharian.

Turut Bersama meraikan kejayaan ini, guru besar SK (P) Durian Daun En Abu Samah Bin Ahmad dan Anisah Bt P. Kunhamed, Ketua Panitia Pendidikan Islam merangkap penyelaras Surau Fatimah Azzahrah SK (P) Durian Daun.


            “Alhamdulillah, syabas, tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga untuk warga SKPDD atas kejayaan merangkul johan Anugerah Surau Imarah peringkat negeri. Moga kejayaan sentiasa Bersama kita dan berterusan berkat kesepakatan dan kerjasama daripada semua warga SKPDD. Sepakat 1 pasukan”. - Guru besar SKPDD.















Friday, 25 August 2017

MAJLIS SANTAPAN ROHANI

Majlis Santapan Rohani 


Masa     :   7.15 hingga 7.45 pagi
Hari       :   Setiap pagi Jumaat
Tempat  :   Surau Fatimah Azzahrah, SKPDD

Aktiviti yang dijalankan  :

1) Tazkirah pagi Jumaat
2) Membaca dan menghayati surah Al-Kahfi
3) Guru-guru menghidangkan air Zam-zam buat anak-anak didik tahun 6.






Friday, 18 August 2017

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN OLEH TEAM ASIS , SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM , MELAKA KE SURAU FATIMAH AZ ZAHRAH , SKPDD.

Hari ini seramai 5 orang pegawai dari Team ASISS , Sektor Pendidikan Islam untuk memantau dan menilai calon Surau Imarah peringkat negeri Melaka diketuai oleh Ustaz Hj Md Razif Shahid , Ketua Unit Pengurusan Dakwah & Syiar Islam (PDSI).

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.


Selaku Penyelaras Surau Fatimah az-Zahrah, hatiku agak gugup sedikit. Tambahan pula secara spontan di minta untuk berucap dan mempersembahkan tentang Surau Fatimah Az-Zahrah. Aku cuba mempersembahkan yang terbaik. Moga persembahanku dapat diterima dengan seadanya. 












PERSEDIAAN WARGA SKPDD UNTUK PENCALONAN ANUGERAH SURAU IMARAH SEKOLAH SEKOLAH , KPM

WARGA SKPDD GEMPUR SURAU FATIMAH AZ-ZAHRAH

Alhamdulilllah SKPDD telah dicalonkan untuk Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia ( ASISS ) peringkat negeri Melaka.

Semua warga SKPDD telah berganding bahu bergotong royong untuk menjayakan program ini.







Jam dah menunjukkan jam 3.00 petang, masih ada murid-murid yang belum balik,
tekun membantu menyerikan surau


PECUTAN TERAKHIR UPSR 2017

TARIKH : 16 OGOS 2017 - RABU
TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTC MELAKA
MASA : 2.00 PETANG - 5.00 PETANG
KEHADIRAN :MURID-MURID TAHUN 6 DAN SEMUA GURU

SETIAUSAHA NBOS  :  ANISAH BINTI P. KUNHAMED











PROGRAM KHIDMAT BANTU OLEH SPI NEGERI MELAKA UNTUK ASIS PERINGKAT NEGERI

18 Ogos 2017 - Alhamdulillah dan terima kasih kepada Team Khidmat Bantu dari Sektor Pendidikan Islam Negeri Melaka oleh ustazah Robiah Said , Penyelia Pendidikan Islam , SPI Negeri Melaka.

Banyak teguran dan bimbingan yang diberikan oleh beliau untuk kami memantapkan lagi Surau Fatimah Az Zahrah untuk ASIS 2017. Selaku Penyelaras Surau Fatimah Azzahrah, perlu menerima tugas dan tanggungjawab ini dengan terbuka. Moga dapat menyediakan Surauku ini yang terbaik... Insyaallah.